Kelas STEM – Mini Rubber Band Car and Plastic Bottle Hand Fan

11 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Disember 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas STEM –Mini Rubber Band Car dan Plastic Bottle Hand Fan yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 7 orang peserta.

Kelas STEM pada kali ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Untuk sesi yang pertama, para peserta telah diperkenalkan dengan aktiviti STEM – Mini Rubber Band Car. Para peserta menonton sebuah video pendek tentang cara-cara untuk membina Mini Rubber Band Car menggunakan bahan yang telah disediakan seperti penutup botol, batang aiskrim, gam dan getah. Para peserta telah diberikan masa selama 1 jam bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

Seterusnya, selepas selesai sesi pertama, kelas STEM diteruskan dengan sesi yang kedua iaitu memperkenalkan para peserta dengan aktiviti STEM – Plastic Bottle Hand Fan. Antara bahan-bahan yang digunakan dalam aktiviti ini ialah botol plastik, benang, gam dan batang aiskrim.

Semua bahan yang diggunakan semasa aktiviti STEM pada kali ini, telah disediakan oleh pihak PEDi Kg Jeriah. Di akhir setiap sesi, semua peserta telah berjaya membina Mini Rubber Band Car dan Plastic Bottle Hand Fan yang mampu berfungsi dengan baik.

Semoga kelas STEM ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta khususnya dalam meningkatkan tahap kreativiti mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali